7 Tips Pergi Shopping Di Pasar Terapung Hatyai

Pasar terapung di Hatyai memang sangat popular. Pasar Terapung ini adalah satu-satunya pasar terapung di daerah Selatan Thailand. Setiap hari jumaat hingga ahad memang meriah di sana. Ramai yang suka akan ke sana kerana banyak jualan hanya melalui sampan sahaja. Ini membuatkan ia agak unik sedikit. Waktu operasi pasar terapung Hat Yai adalah dari jam 2 petang hingga jam 9 malam. Jadi, pastikan anda datang tepat pada hari dan waktunya. 

Jika anda ingin ke Khlong Hae Floating Market, di sini ada 7 tips untuk anda. Antara tipsnya ialah:

1. Kerabu Maggie dan Tomyam

Anda disarankan mencuba kerabu maggi dan tom yam Khlong Hae Floating Market. Pasti anda akan jatuh cinta akan rasanya. Sangat sedap dan mantap!.

2. Ais Krim Kelapa

Di Negara Thailand memang tidak sah jika anda ke sana tidak mencuba ais krim kelapa. Jadi, di pasar terapung juga salah satu ais krim kelapa yang tersedap di Hat Yai. 

3. Pergi Selepas Jam 4 Petang

Tips yang ketiga untuk anda, jika anda ingin ke sana, anda perlu pergi lepas pada pukul 4 petang. Hal ini kerana, cuaca di Negara Thailand amat panas. Jadi, jika anda datang awal, mungkin agak tidak selesa untuk berjalan dengan keadaan sangat panas. 

4. Elakkan Datang Pada Hari Jumaat

Jika anda ingin ke sana, kalau boleh elakkan pada hari sabtu. Hal ini kerana, ia agak sesak dengan pengunjung daripada pelbagai negara. Jadi, mungkin agak susah untuk anda membeli-belah dalam keadaan yang agak ramai. 

5. Air Kelapa

Di sini, menjual air kelapa di dalam buluh dan di dalam pasu. Ini membuatkan ia sangat unik. Jadi, jika anda yang gemar untuk OOTD. Anda boleh membeli air kelapa ini untuk menjadikan content anda. 

6. Sunset di Floating Market

Dah alang-alang sampai, anda disarankan untuk menunggu waktu sunset di Floating Market ini. Sunset nya sangat cantik dan boleh tandingi sunset di pantai-pantai.

7. Peka dengan Keadaan Sekeliling

Ini cuma nasihat sahaja, jika anda ke sana lebih baik berhati-hati. Dalam keadaan yang agak padat dan sibuk mungkin akan berlaku perkara yang buruk kepada anda. Jadi, di nasihat kepada anda supaya lebih berhati-hati di tempat orang. 

Jom Ke Danok Dan Hat Yai Dengan Mengunakan Kenderaan Sendiri

Bercuti ke luar dengan kenderaan sendiri? Macam seronok saja kan? Untuk ke Danok dan Hat Yai anda boleh menggunakan kenderaan sendiri. Tetapi sebelum pergi anda dinasihatkan  servis terlebih dahulu kenderaan anda. Hal ini disebabkan untuk mengelak kenderaan anda mogok ketika berjalan jauh.

Bagi perjalanan ke luar negara, sudah pasti kita memerlukan pass perjalanan kita iaitu Passport. Selain itu, jika anda ingin berjalan dengan kenderaan anda, anda juga disarankan mengambil insurans perlindungan bagi mengelakkan anda menghadapi masalah yang akan datang. 

Perkhidmatan Insurans Terbaik Bersama Go Thai.My 

Untuk anda yang ingin mengambil insurans kenderaan ke Negara Thailand, anda boleh mengambil di Syarikat Go Thai.MY. Syarikat ini sangat cekap dalam menguruskan dokumen anda untuk ke sana. Selain itu, mereka sudah bertapak dalam industri insurans ke Thailand selama 22 tahun. Ini membuatkan mereka sudah tahu keadaan semasa. 

Bagi pengetahuan anda, Syarikat Go Thai.My ini telah menguruskan lebih 3 juta pelanggan ke Negara Thailand. Ramai pelanggan sudah memberi kepercayaan kepada Go Thai.My. Perkara yang terbaik adalah Syarikat Go Thai.My ini menawarkan bantuan kecemasan 24 jam kepada pelanggan. Jadi, ini bonus kepada anda, jika berlaku sesuatu yang buruk, Syarikat Go Thai.My pasti akan membantu anda di sana.

Jenis Insurans Yang Perlu Di Ambil Sebelum Ke Negara Thailand

Sebelum bercuti di Thailand, anda perlu mengambil beberapa jenis insurans. Jangan keliru, jenis insurans tersebut sangat berbeda fungsinya. Jadi, jom kita kenal pasti satu per satu jenis insurans yang perlu anda ambil.

Terdapat 4 jenis insurans yang patut dimiliki oleh seseorang yang ingin bercuti ke negara Thailand. Antaranya ialah:

1. COMPULSORY

Compulsory adalah insurans wajib untuk keluar masuk ke Negara Thailand di bawah akta “MOTOR VEHICLE ACCIDENT VICTIMS ACT 1922”. Jenis insurans ini hanya akan menanggung kos rawatan pihak yang terlibat di hospital Thailand.

2. EXTENSION 101 

Extension 101 adalah kesinambungan insurans kenderaan yang digunapakai di Malaysia. Sebagai contohnya anda menggunakan Etiqa Takaful, anda hanya perlu berhubung terus dengan ejen insurans anda untuk mendapatkan tambahan perlindungan semasa di Thailand. 

3. VOLUNTARY (3RD PARTY INSURANS)

Voluntary adalah insurans yang melindungi anda dari tuntutan pihak ketiga jika terlibat kemalangan. Ini juga membantu anda dari membayar pampasan yang di luar jangka. 

4. PERSONAL TRAVEL INSURANS

Insurans peribadi ini khusus untuk perlindungan penyakit semula jadi dan tambahan kepada compulsory jika tidak mencukupi. 

Dapatkan Perkhidmatan Insurans Terbaik di GoThai.My

Mungkin lebih jelas di atas perbezaan dan fungsi insurans tersebut. Jadi, jika anda ingin mengambil insurans, anda boleh terus menghubungi kami. Sebelum akhir kata, kami juga membuat cabutan bertuah, jadi jom dapatkan sekarang! Mana tahu rezeki anda menang hadiah yang menarik!.