Negara Thailand, atau lebih dikenali sebagai Negara Gajah Putih, terkenal dengan pelbagai tarikan pelancongan yang pelbagai. Jarak yang berdekatan dengan Malaysia juga menjadi kelebihan yang menjadikan negara ini destinasi pilihan untuk kebanyakan warga Malaysia untuk melancong di Thailand. Keunikan tempat dan pelbagai jenis makanan turut menarik perhatian rakyat Malaysia untuk mengunjungi negara ini.
Semakin ramai yang memilih Negara Thailand sebagai destinasi bercuti. Ada yang memilih perjalanan melalui kapal terbang untuk sampai lebih cepat, dan ada juga yang memilih jalan darat dengan menggunakan kenderaan sendiri. Tidak dapat dinafikan, kelebihan membawa kenderaan sendiri ialah anda dapat merancang perjalanan sendiri dan lebih fleksibel dengan perancangan anda. Tetapi sebelum itu, penting untuk mendapatkan perlindungan insurans sebelum memasuki Negara Thailand dengan kenderaan sendiri.
INSURANS TRAVEL KE THAILAND CEPAT DAN MUDAH
Jika anda merancang untuk melancong ke Negara Thailand dengan membawa kenderaan sendiri, selesaikan urusan insurans dengan mudah bersama kami di GoThai. Dapatkan perlindungan insurans hanya dalam beberapa klik melalui laman web kami atau aplikasi WhatsApp, menjimatkan masa anda dari lawatan fizikal ke syarikat insurans. Nikmati kesenangan bercuti tanpa risau dengan perkhidmatan insurans perjalanan kami yang memudahkan urusan anda.
Kami mempunyai pengalaman lebih 22 tahun dalam industri insurans perjalanan ke Thailand. Kami bangga memberikan pengalaman yang pantas, cekap, dan efisien dalam pengurusan insurans perjalanan pelanggan kami. Dengan pengalaman menguruskan lebih daripada 3 juta pelanggan dengan lancar dan efisien, dan tidak pernah menghadapi masalah dengan para pelanggan. Ini membuktikan bahawa pengurusan kami sangat profesional dan pantas. Dengan pengalaman kami yang luas dan dedikasi kami terhadap kualiti perkhidmatan, anda boleh yakin bahawa anda berada di tangan yang selamat dan dipercayai dengan GoThai.
Jadi, jika anda ingin dapatkan insurans, terdapat beberapa jenis insurans yang kami tawarkan di GoThai. Antaranya termasuk:
- Compulsory
- Voluntary (3rd party insurance)
- Extension 101
- Personal travel insurans
Keempat-empat jenis insurans yang disenaraikan di atas mempunyai kelebihan, peranan dan kepentingan lain-lain. Jadi, jom baca apa perbezaan, kelebihan dan peranannya.
KELEBIHAN INSURANS SUKARELA KE NEGARA THAILAND DARIPADA INSURANS BIASA
- COMPULSORY DAN VOLUNTARY (3rd party insurance)
Perbezaan compulsory dan voluntary (3rd party insurance) ini ialah compulsory adalah insurans yang wajib dikenakan ke atas setiap kenderaan keluar masuk ke Negara Thailand di bawah akta “MOTOR VEHICLE ACCIDENT VICTIMS ACT 1992”. Jenis insurans compulsory ini hanya akan menanggung kos rawatan pihak yang terlibat di hospital Thailand, manakala untuk voluntary (3rd party insurance) amat digalakkan untuk diambil. Ini bagi melindungi anda dari tuntutan pihak ketiga jika terlibat dengan kemalangan. Selain itu, membantu menghindari anda dari membayar pampasan yang di luar jangka.
- EXTENSION 101 DAN PERSONAL TRAVEL INSURANS
Jenis insurans extension 101 ini adalah kesinambungan insurans kenderaan yang digunapakai di Negara Malaysia. Sebagai contohnya, di Negara Malaysia menggunakan Etiqa Takaful, anda perlu berhubung terus dengan ejen insurans anda untuk mendapatkan tambahan perlindungan semasa di Negara Thailand, manakala bagi personal travel insurans pula adalah jenis insurans peribadi khusus untuk perlindungan penyakit semula jadi dan tambahan kepada compulsory jika tidak mencukupi. Sebagai contohnya, AIA,AXA, Tokyo Marin dan lain-lain.
Jadi, anda mungkin lebih memahami setelah membaca maklumat di atas. Jangan risau, jika anda masih keliru anda masih tidak memahami secara lebih lanjut, anda boleh terus menghubungi kami melalui talian WhatsApp bagi mendapatkan maklumat lanjut dan mendapatkan insurans travel anda.
BERSEDIA UNTUK BERCUTI BERSAMA GOTHAI SAMBIL MENANG HADIAH LUMAYAN
Anda ingin bercuti dengan penuh keyakinan dan ketenangan hati? Syarikat kami, Go Thai, siap sedia membantu anda. Kami tidak hanya menawarkan perlindungan insurans travel yang lengkap, kami juga menjanjikan bantuan kecemasan 24 jam untuk memastikan anda sentiasa terlindung di bawah sayap kami. Kami faham kebimbangan anda apabila melancong di negara orang, terutamanya sekiranya anda bercuti dalam kumpulan wanita. Oleh itu, sebagai tambahan bonus, kami menawarkan khidmat bantuan kecemasan sepanjang masa jika anda menghadapi sebarang kecemasan atau kejadian yang tidak diingini. Anda boleh travel Thailand dengan tenang, dan kami akan pastikan kebimbangan anda ditangani dengan segera.
Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik dengan mengambil insurans travel bersama kami. Kami menawarkan pelbagai cabutan bertuah termasuk Iphone 13 mini, Habib Gold Bar, Smart TV dan hadiah-hadiah lain yang menarik.
BERCUTI SAMBIL MENANG PELBAGAI HADIAH MENARIK. DAPATKAN SERVIS INSURANS TRAVEL ANDA DI SINI!