Berapa Harga Insurans Untuk Masuk Ke Thailand

Bagi mereka yang ingin melancong ke Negara Thailand dengan menaiki kenderaan sendiri, mungkin akan terfikir tentang bagaimana caranya untuk melakukannya. Mungkin terbenak soalan dalam fikiran, adakah harga insurans yang perlu dibayar untuk memasuki Thailand dengan membawa kenderaan sendiri mahal atau tidak? Namun sebenarnya, untuk bercuti ke Thailand dengan membawa kenderaan sendiri itu mudah sahaja. Anda hanya perlu memastikan bahawa beberapa dokumen sah telah dilengkapkan dan mengambil insurans perlindungan yang diperlukan.

Sekarang ini, Thailand semakin terkenal dengan tarikannya yang pelbagai. Makanan mereka yang sedap dan unik sememangnya menjadi kegemaran ramai. Tempat-tempat menarik di Thailand juga terkenal dengan kecantikan dan kebersihannya yang memukau hati. Tak terkecuali, para pelancong dari Malaysia juga gemar ke Thailand atas sebab 7 Eleven mereka yang berbeza dengan 7 Eleven di Malaysia. Pelbagai jenis makanan dan minuman yang menarik dijual di 7 Eleven Thailand membuatkan para pelancong dari Malaysia selalu berkunjung ke sana untuk membeli-belah.

JOM DAPATKAN INSURANS TRAVEL ANDA BERSAMA GOTHAI

Jika anda sedang merancang untuk membeli insurans bagi percutian anda ke Negara Thailand, pastikan anda memilih syarikat yang sah dan berdaftar! Satu-satunya pilihan yang bijak ialah GoThai, syarikat insurans yang telah membantu lebih daripada 3 juta pelanggan untuk melintasi sempadan ke Thailand. Kecekapan dan efisiensi adalah kelebihan servis kami, jadi anda boleh yakin bahawa urusan insurans anda akan diuruskan dengan lancar dan tanpa sebarang masalah. Ini sebabnya ramai yang mempercayai kami di GoThai sebagai pilihan mereka untuk memastikan keselamatan mereka ketika bercuti di Thailand.

Jika anda masih keliru untuk memilih insurans untuk masuk ke Negara Thailand dengan menaiki kenderaan sendiri, jangan risau kami akan dikongsikan jenis insurans dan harga insurans yang kami tawarkan. Antara jenis insurans yang anda boleh dapatkan di GoThai termasuk:

  1. COMPULSORY

Jenis insurans compulsory ini adalah jenis insurans yang wajib di ambil oleh sesiapa sahaja yang keluar masuk Negara Thailand dengan menggunakan kenderaan. Ini termaktub di bawah akta ”MOTOR VEHICLE ACCIDENT VICTIMS ACT 1992”. Jenis insurans ini hanya akan menanggung kos rawatan pihak yang terlibat di Hospital Thailand.

  1. VOLUNTARY (3RD PARTY INSURANCE)

Jenis insurans voluntary (3rd party insurance) ini amat digalakkan untuk diambil. Hal ini kerana jenis insurans voluntary ini dapat melindungi anda dari tuntutan pihak ketiga jika dengan kemalangan. Ini juga turut membantu menghindari anda dari membayar pampasan yang di luar jangkaan. Jadi, anda amat digalakkan untuk mengambil insurans jenis voluntary (3rd party insurance) ini bagi mengelakkan anda ditimpa masalah kemudian hari.

MENGAPA PERLU MEMILIKI INSURANS UNTUK MASUK KE THAILAND?

  1. EXTENSION 101

Seterusnya, jenis insurans extension 101 ini adalah kesinambungan insurans kenderaan yang digunapakai di Malaysia. Contohnya di Malaysia anda menggunakan insurans Etiqa Takaful, anda perlu berhubung terus dengan ejen insurans anda untuk mendapatkan tambahan perlindungan semasa di negara Thailand.

  1. PERSONAL TRAVEL INSURANS

Bagi jenis insurans peribadi khusus ini untuk perlindungan penyakit semula jadi dan tambahan kepada compulsory jika tidak mencukupi. Sebagai contohnya, AIA,AXA,Tokyo Marin dan lain-lain. Jadi, anda juga digalakkan untuk mengambil personal travel insurans ini bagi melindungi diri anda ketika anda bercuti.

SEBUT HARGA INSURANS YANG DITAWARKAN OLEH GOTHAI

Anda perlu mempunyai pakej perlindungan asas yang wajib diambil untuk merawat masalah kesihatan sekiranya terlibat dalam kemalangan. Di sini, kami menawarkan harga yang berpatutan untuk insurans kenderaan anda. Untuk kereta muatan 5 orang, hanya dengan RM38 sahaja anda sudah mendapat perlindungan yang berbaloi. Bagi MPV/SUV muatan 7 orang, harga yang ditawarkan ialah RM48. Manakala untuk truck/pickup muatan 5 orang dan insurans motosikal muatan 2 orang, kami menawarkan harga masing-masing RM48 dan RM59. Dapatkan perlindungan yang lengkap dengan harga yang berpatutan bersama kami.

Berikutnya, kami menawarkan pakej compulsory campur voluntary yang memberikan perlindungan tambahan termasuk tuntutan kerosakan harta atau kenderaan pihak ketiga. Pakej harga kami adalah RM178 untuk 9 hari perlindungan untuk kereta muatan 5 orang RM198 untuk 9 hari perlindungan untuk MPV/SUV muatan 7 orang. Manakala, RM198 untuk truck/pickup muatan 5 orang dan RM299 untuk motosikal muatan 2 orang.

Apabila bercakap tentang perlindungan insurans, kami menggalakkan anda untuk memikirkan secara terbuka dan mengambil insurans perlindungan yang menyeluruh termasuk diri dan kenderaan anda. Perlindungan ini tidak hanya membantu anda pada masa kini, tetapi juga memberikan perlindungan pada masa hadapan. Seperti yang kita tahu, kita tidak dapat meramalkan apa yang akan berlaku di masa depan. Oleh itu, insurans perlindungan akan membantu melindungi anda daripada masalah yang tidak dijangka.

Jika anda merancang untuk melancong ke Thailand dengan menggunakan kenderaan sendiri, pastikan untuk mendapatkan servis insurans travel daripada kami di GoThai. Dengan itu, perjalanan anda akan lebih mudah dan teratur mengikut jadual yang telah dirancang.

Selain daripada itu, anda juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik. Hadiah yang ditawarkan termasuklah iPhone 13 Mini, Habib Gold Bar 5g, Smart TV dan pelbagai lagi. Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda dan siapa tahu, rezeki anda mungkin berada di sini!

DAPATKAN SERVIS INSURANS MASUK KE THAILAND BERSAMA KAMI DAN MENANGI PELBAGAI HADIAH MENARIK!