7 Tempat Menarik di Thailand Phuket

Mencari tempat menarik di Phuket? Bersedialah untuk dibuai keindahan alam yang memikat hati dan menjamu selera dengan makanan yang lazat! Terletak di selatan Thailand, Phuket mempunyai banyak tempat menarik yang pasti akan membuatkan anda terpesona. Dari pantai yang menakjubkan hingga kepada aktiviti yang menyeronokkan, Phuket pastinya sesuai untuk dikunjungi oleh pengunjung yang mencari pengalaman yang tidak dapat dilupakan. So, apa tunggu lagi? Teruskan membaca untuk mengetahui beberapa tempat menarik di Phuket yang wajib dilawati!

Trekking, Pantai dan Banyak Lagi Tempat Menarik Lain Yang Ada di Phuket!

Dari trekking di hutan lebat hingga berjemur di pantai yang memukau, Phuket mempunyai pelbagai tempat menarik yang sesuai untuk semua orang. Jadi, apakah antara tujuh tempat menarik di Phuket yang wajib dikunjungi? Ketahui lebih lanjut di bawah!

1. Patong Beach

Tak lengkaplah trip ke Phuket kalau tak singgah di Pantai Patong. Terkenal di seluruh dunia, pantai ini merupakan antara tempat peranginan yang paling popular di Phuket. Selain menawarkan pantai yang cantik, kawasan Patong juga terdapat banyak kemudahan yang disediakan untuk pelancong seperti kedai, hospital, hotel dan pelbagai lagi. 

Pantai yang memanjang sejauh 3 km ini terkenal dengan keindahan pasir putihnya dan air laut yang jernih. Namun, Patong Beach bukan sekadar pantai biasa-biasa, ia juga menawarkan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti memancing dan snorkeling. Jadi, bagi yang ingin mencari pengalaman yang menyeronokkan semasa berada di Phuket, Patong Beach adalah tempat yang perlu dikunjungi!

2. Masjid Al Madinah Darussalam

Masjid ini menjadi salah satu destinasi pelancongan yang popular di kalangan pelancong Muslim yang mengunjungi pulau itu. Berlokasi di tengah-tengah kawasan perindustrian di kawasan Makham Bay, masjid ini menawarkan pemandangan yang menakjubkan yang menjadikan ia sebagai tempat paling indah untuk bersantai.

Bukan sahaja menjadi pusat ibadah, masjid ini juga menjadi tempat rekreasi untuk keluarga dan anak-anak. Selain itu, masjid ini juga mempunyai hiasan dan seni bina yang indah dan menarik perhatian pelancong yang ingin mengambil gambar sebagai kenangan. Jika anda ke Phuket, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Masjid Al Madinah Darussalam yang menakjubkan ini!

3. Phuket Walking Street

Jom jalan-jalan di Phuket Walking Street, pasar yang lain dari yang lain! Dengan suasana ‘street art’ yang penuh dengan kemeriahan, anda pasti akan terpesona dengan keunikan pasar (juga dikenali sebagai) Lardyai ini. Terletak di tengah-tengah bandaraya yang bersejarah dengan bangunan Sino-Portugis, Phuket Walking Street merupakan tempat untuk membeli-belah kraf kreatif, mainan, dan pakaian. 

Bukan itu sahaja, bab makanan memang tak perlu risau, macam-macam tersedia untuk mengisi perut yang kosong sambil menghiburkan mata dengan keunikan pasar ini. Tak cukup dengan itu, jangan lepaskan peluang untuk bermain trampolin percuma, macam berada di sarkas pula rasanya. Tempat menarik yang sesuai dikunjungi bersama anak dan sekeluarga.

4. Phuket Weekend Night Market

Bagi yang kaki bershopping tapi gemar berbajet, inilah syurga yang dicari! Pasar malam yang hanya beroperasi pada hujung minggu ini menawarkan pengalaman membeli-belah yang unik dan berbeza dari yang lain. Dari street food yang sedap hinggalah kepada barangan kraftangan yang indah, Phuket Weekend Night Market memang ada segala-galanya. Jangan terlepas peluang untuk merasai keindahan hidangan tempatan yang lazat dan membeli memento eksklusif untuk membawa pulang sebagai kenangan.

Pastikan untuk menyediakan perut kosong kerana terdapat banyak hidangan tempatan yang enak dan unik di sini. Dengan muzik yang mengalun dan persembahan seni jalanan yang memukau, menjadikan Phuket Weekend Night Market sebagai salah satu tempat wajib dilawati di Phuket.

5. Khao Sok National Park

Terletak di kawasan strategik di tengah destinasi popular seperti Phuket, Khao Lak, Krabi, dan Koh Samui, Khao Sok National Park menawarkan pengalaman hutan hujan hijau sepanjang tahun. Tempat menarik ini juga dikenali sebagai hutan tertua di dunia! Kekayaan fauna dan flora yang tak terkira di taman negara ini membuatkan ia wajib dijejaki oleh pencinta alam walau sekali di dalam hidup.

Terdapat lebih daripada 300 spesies burung dan lebih daripada 40 haiwan mamalia yang berkeliaran di sekitar taman negara ini. Tidak ketinggalan juga, aktiviti seperti mendaki, berkayak, menyelam, dan bersiar-siar di tasik menawarkan pengalaman yang unik kepada pengunjung di Khao Sok National Park. 

6. Ton Ao Yon Waterfall

Terdapat banyak air terjun yang cantik dan menakjubkan di seluruh Thailand, tetapi Ton Ao Yon sangat istimewa dengan keindahannya yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sudah tentunya ini menjadikannya salah satu tempat menarik di Phuket yang wajib anda kunjungi! Untuk sampai ke sini, pengunjung perlu melalui perjalanan yang mencabar. Tetapi, kesemua penat-lelah itu akan terbayar apabila tiba di destinasi yang menakjubkan ini. 

Merasa kesejukan dan kesegaran pancaran air terjun setinggi 15 meter itu pasti akan jadi pengalaman yang akan diingat seumur hidup. Selain dari itu, air terjun ini juga terkenal dengan kolamnya yang jernih dan mempunyai beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan seperti berenang dan wall climbing. Jangan lupa untuk membawa kamera untuk mengambil gambar kenangan yang cantik semasa menikmati keindahan air terjun Ton Ao Yon!

7. Prompthep Cape Viewpoint

Tempat ni memang famous untuk peminat fotografi dan juga merupakan salah satu lokasi terbaik untuk dapatkan sunset di Phuket. Apabila matahari terbenam, langit berubah menjadi palet warna yang indah, memancarkan warna-warni ombak dan hamparan laut biru yang jernih. Di sini, anda akan terpukau dengan keindahan alam semula jadi yang berada di hadapan mata anda!

Jika anda ingin merasai pengalaman yang lebih close to the nature, anda boleh melakukan aktiviti berjalan kaki di sekitar tebing dan bukit yang berada di sini. Selain pemandangan yang indah, Prompthep Cape Viewpoint turut lengkap dengan kedai-kedai cenderamata, kedai serbaneka dan tandas. Bagi yang memandu, tempat meletak kereta turut disediakan.

Jom Pelan Trip Ke Phuket Tanpa Risau dengan Insurans Travel GoThai!

Dengan insurans travel dari GoThai, anda boleh menjelajahi destinasi menarik seperti Prompthep Cape Viewpoint dengan lebih tenang dan yakin. Sebagai pengunjung, mempunyai perlindungan insurans masuk Thailand adalah suatu keperluan penting untuk memastikan keselamatan dan keselesaan anda semasa bercuti di Phuket.

Jangan tunggu lagi, dapatkan insurans travel dari GoThai sekarang dan nikmatilah pengalaman percutian ke Phuket dengan tenang dan penuh keseronokan!