10 Tempat Shopping Murah di Danok dan Hatyai

Betul ke? Orang cakap barang-barang di Negara Thailand lebih murah. Sebenarnya memang betul, ada barang di Negara Thailand harganya lebih murah. Tetapi, anda perlu bijak dalam membeli-belah di sana agar tidak tertipu dengan status harga yang dikenakan. Anda perlu membuat tinjauan harga dahulu agar anda mendapat harga yang murah.

Jika anda ke daerah Danok dan Hat Yai, di sana anda pasti akan menjadi rambang mata untuk membeli belah di sana. Hal ini kerana, anda akan menjumpai pelbagai jenis kedai pakaian, handbag, kasut, cermin mata, tudung, dan macam-macam lagi. Anda pasti akan susah untuk membuat pilihan untuk memilih apa yang anda mahukan.

10 Tempat Shopping Murah – Wajib Pergi!

Seperti yang dikatakan di atas, anda perlu membuat perbandingan dahulu sebelum membeli-belah di sana. Jadi, untuk memudahkan urusan anda, artikel ini akan memberitahu anda rahasia tempat shopping best dan murah di daerah Danok dan Hatyai. Antara 10 tempat yang anda boleh pergi bershopping ketika di Danok dan Hat Yai ialah:

1. ASEAN Night Market

2. Pasar Terapung Hat Yai Klong Hae

3. Kim Yong Market

4. Central Festival Hatyai

5. Lee Garden Plaza 

6. Central Hat Yai

7. Nora Plaza Hat Yai

8. JT Square Plaza

9. Wong Swad Hat Yai

10. Siam Nakarin Complex

Jika anda bercuti ke Negara Thailand di daerah Danok dan Hat Yai, anda boleh cuba datang ke tempat yang di senaraikan di atas. Anda boleh membeli-belah sepuasnya. Hal ini demikian, di sana menjual pelbagai jenis barangan yang boleh anda beli. Ada barangan berjenama, anda barangan yang biasa, ada barang yang antik. Jadi, anda tidak perlu risau lagi, anda boleh datang ke sana untuk shopping!

Anda juga tidak perlu risau, di daerah Danok dan Hat Yai, anda akan menjumpai banyak kedai makanan halal. Jadi, anda tidak perlu bersusah-payah untuk mencarinya di sana. Antara makanan halal di sana adalah seperti Dimsum Chabura, Kedai Makanan Kelantan, dan di ASEAN Night Bazaar juga banyak makanan halal yang dijual.

Cara Masuk Ke Thailand Dengan Mudah 

Bagi anda yang pertama kali untuk ke Negara Thailand, sebenarnya untuk ke sana tidak semestinya menggunakan jalan udara sahaja. Anda masih boleh menggunakan jalan darat iaitu dengan kereta api atau dengan kenderaan sendiri. Macam menarik kan? Travel dengan kenderaan sendiri. Bagi membawa kenderaan sendiri, mudah sahaja. Anda hanya perlu mengambil insurans perlindungan kenderaan anda sahaja.

Jom Dapatkan Insurans Kenderaan Bersama Go Thai.My

Anda tidak perlu susah-susah, dapatkan saja insurans perlindungan kenderaan anda dengan Go Thai.My. Hal ini demikian kerana, Syarikat Go Thai.My ini sangat mudah untuk berurusan dan perkhidmatan sangat cepat dan cekap.

Jika anda berurusan dengan Go Thai.My ini anda akan mendapat beberapa kebaikannya. Antaranya ialah Syarikat Go Thai.My menawarkan perkhidmatan bantuan 24 jam kepada pelanggannya. Jadi, jika sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku seperti kemalangan, anda boleh dapatkan bantuan di Go Thai.My tanpa mengira waktu.

Kami juga sangat berpengalaman luas dalam bidang pengurusan insurans ke Thailand. Berkecimpung lebih dari 22 tahun, membuatkan kami lebih peka dalam keadaan semasa. Malah, kami juga menguruskan lebih 3 juta pelanggan ke negara Thailand.

Pakej Insurans Yang Perlu Anda Ambil Untuk Ke Negara Thailand

Terdapat 4 jenis insurans yang perlu dimiliki oleh seseorang untuk memasuki Negara Thailand. Anda boleh dapatkan keempat-empat jenis insurans ini di Go Thai.My. Antara insurans tersebut ialah:

1. COMPULSORY

Compulsory adalah insurans wajib yang dikenakan ke atas setiap kenderaan keluar masuk ke Negara Thailand. Ini di bawah akta “MOTOR VEHICLE ACCIDENT VICTIMS ACT 1992”. Compulsory ini hanya menanggung kos rawatan pihak yang terlibat di hospital Thailand.

2. Voluntary (3rd Party Insurance)

Voluntary amat digalakkan untuk di ambil. Ini bagi melindungi anda dari tuntutan pihak ketiga jika terlibat dengan kemalangan. Ini juga membantu menghindari anda dari membayar pampasan yang di luar jangka.

3. EXTENSION 101

Extension 101 adalah kesinambungan insurans kenderaan yang digunapakai di Malaysia. Sebagai contohnya, di Malaysia anda menggunakan Etiqa Takaful, anda perlu menghubungi ejen insurans anda untuk mendapatkan tambahan perlindungan semasa di Thailand.

4. PERSONAL TRAVEL INSURANS

Personal travel insurans adalah insurans peribadi khusus untuk perlindungan penyakit semula jadi dan tambahan kepada compulsory jika tidak mencukupi.

Dapatkan Servis Insurans Sambil Menang Hadiah Menarik

Jadi, anda mungkin lebih jelas dengan penerangan di atas. Perbezaan keempat-empat fungsi insurans tersebut. Jadi, jika anda nak tahu lebih lanjut anda juga boleh terus menghubungi kami!

Khas untuk anda, kami juga menawarkan tawaran cabutan bertuah eksklusif. Jadi, jom rebut peluang sekarang. Mungkin ada rezeki anda! Daftar sekarang.