7 Tempat Menarik di Thailand Krabi

Bila bercakap tentang tempat menarik di Krabi, pastinya ada banyak lokasi yang memikat hati para pelancong. Dari pantai pasir putih yang menakjubkan hingga keindahan alam yang tiada tandingannya, Krabi menawarkan pelbagai pengalaman unik dan menarik yang pastinya tidak dapat dilupakan. Terdapat banyak tempat menarik di Krabi, memang tak muat kalau nak senaraikan semua sekali. Jadi, di sini anda akan dapat lihat antara tujuh tempat menarik yang wajib anda lawati ketika pelan trip ke Krabi, Thailand! 

Apakah Antara Tempat Yang Membuatkan Krabi Begitu Menarik?

Bagi yang sedang mencari pengalaman yang berbeza dan menarik bagi percutian atau trip ke Thailand, Krabi mungkin akan menjadi pilihan yang tepat untuk anda. Di sini, anda akan merasai suasana yang menyegarkan dan menenangkan, bebas daripada hingar-bingar bandar yang sibuk. 

Krabi mempunyai keunikannya yang tersendiri dan dapat menawarkan pengalaman yang cukup luar biasa daripada kawasan pelancongan lain di Thailand. Terdapat banyak kejutan menarik yang menanti anda di sini, jadi jangan lepaskan peluang untuk melawat tempat-tempat menarik ini dan rasai pengalaman yang unik!

1. Pekan Krabi

Pernahkah anda terfikir bahawa pekan atau bandar mampu memberikan pengalaman yang luar biasa ketika melancong ke sesebuah tempat? Di Krabi, Pekan Krabi merupakan tempat menarik yang anda wajib lawati. Selain daripada menjadi pusat ekonomi dan perdagangan, Pekan Krabi juga menawarkan pelbagai kemudahan dan aktiviti menarik yang pasti akan memuaskan hasrat para pelancong. 

Untuk mereka yang suka seni dan budaya, Pekan Krabi juga mempunyai banyak galeri seni dan museum yang menarik. Misalnya, anda juga boleh mengunjungi Klong Heng Walking Street untuk membeli-belah dan menikmati persembahan seni jalanan. Sambil menikmati makanan, anda juga boleh mengambil masa untuk melawat beberapa tarikan menarik lain di sekitar Pekan Krabi.

2. Koh Panyi (Kampung Terapung Muslim)

Ingin merasai pengalaman yang berbeza ketika melancong ke Krabi? Lawati Koh Panyi, sebuah kampung terapung yang unik dengan kehidupan masyarakatnya yang seakan-akan terapung di atas laut. Kampung terapung ini dihuni oleh majoriti penduduk yang beragama Islam dan terkenal dengan kedai-kedai cenderamata dan makanan yang enak. 

Anda tidak perlu risau tentang kehalalan makanan yang disajikan di sini. Namun, tarikan paling menarik di Koh Panyi adalah kawasan bola sepak terapung yang di atas air. Bagaimana mereka boleh mendirikan padang bola di atas air? Itulah misteri yang perlu anda saksikan sendiri di Koh Panyi!

3. Masjid Aonang Al-Munuawarah

Masjid Aonang Al-Munuawarah bukan hanya sekadar tempat ibadah, tetapi ia juga menjadi satu lagi tarikan menarik di Krabi. Dengan senibina moden dan keindahan yang memukau, masjid ini menawarkan pengalaman yang unik bagi pengunjung yang datang. Dibina pada tahun 2003, masjid ini mampu menampung sehingga 200 jemaah. 

Selain itu, Masjid Aonang Al-Munuawarah juga terletak di kawasan yang strategik, iaitu di tengah-tengah kawasan pelancongan Aonang. Ia menjadi destinasi menarik untuk pengunjung yang ingin melihat kepelbagaian budaya dan keharmonian masyarakat tempatan. Masjid ini turut menawarkan pengalaman yang luar biasa untuk melihat kehidupan sebenar orang Islam di Krabi dan anda juga boleh mempelajari budaya dan tradisi tempatan yang unik di sini.

4. Thung Teao Forest Natural Park

Jika anda ingin merasai keindahan alam semula jadi Krabi yang belum pernah ‘dicemari’ oleh tangan manusia, Thung Teao Forest Natural Park adalah tempat yang wajib anda kunjungi. Di sini anda akan dikelilingi dengan kehijauan hutan dara yang diberkati dengan kepelbagaian flora dan fauna yang unik. Anda akan teruja dengan keindahan laluan semulajadi sepanjang 2.7 kilometer yang akan membawa anda melalui kawasan hutan yang menakjubkan.

Hutan ini juga menjadi habitat kepada pelbagai spesies flora dan fauna yang unik, termasuk burung-burung tropika, rusa dan kera. Taman Hutan Thung Teao merupakan destinasi yang popular di kalangan pengunjung yang mencari pengalaman alam semula jadi yang cantik dan menenangkan di Krabi. Menarik lagi, Emerald Pool (Sa Morakot) juga terletak dalam kawasan hutan ini!

5. Emerald Pool (Sa Morakot)

Trip ke Krabi pasti tidak lengkap tanpa berkunjung kolam yang menakjubkan ini. Emerald Pool merupakan kolam air tawar yang jernih dengan warna hijau zamrud yang luar biasa. Kolam ini begitu jernih dan sejuk, anda boleh melihat dasar kolam dan ikan-ikan yang berenang di dalamnya. Bukan hanya keindahan kolamnya yang memikat, tetapi juga suasana sekitarnya yang sangat tenang dan damai. 

Anda dapat merasakan ketenangan dan keindahan hutan di sekitarnya. Pokok-pokok besar yang menjulang tinggi mengelilingi kolam ini, memberi pengunjung rasa terlindung dan selesa. Pernahkah anda terfikir untuk berenang di dalam kolam yang berasal dari sumber air bukit dan dapat melihat dasar kolam tanpa perlukan alat snorkelling? Di sini, anda boleh melakukannya!.

6. Pasar Malam Krabi (Krabi Night Market)

Yang membuatkan Krabi Night Market begitu unik adalah suasana riuh rendahnya dan warna-warni lampu yang berseri-seri. Di sini, anda dapat merasai kepelbagaian hidangan tempatan seperti mieng kham, satay, dan tom yum yang lazat. Jangan lupa untuk mencuba minuman buah segar atau jus kelapa muda yang menyegarkan!

Selain itu, anda juga boleh membeli barangan tangan dan cenderamata seperti baju, kasut, beg dan barangan tangan buatan tangan yang unik. Ia juga merupakan tempat yang sesuai untuk membeli hadiah atau cenderahati untuk keluarga dan rakan-rakan anda sebagai kenangan dari lawatan anda ke Krabi.

7. Pantai Railay (Railey Beach)

Yang membuat Pantai Railay begitu istimewa adalah ia hanya dapat diakses melalui bot. Ya, anda tidak dapat memandu atau berjalan ke sana, hanya boleh sampai dengan bot dari Pelabuhan Ao Nang atau Krabi. Di samping memiliki pemandangan yang memukau untuk anda sekeluarga bersantai menenangkan fikiran, Railey Beach turut terkenal dalam kalangan wall climber kerana tebing-tebing bukit yang terdapat di sekitarnya.

Dikelilingi bukit-bukit batu kapur yang menjulang tinggi dan hutan belukar tropika, Pantai Railay memberikan suasana eksotik dan menakjubkan yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata. Terdapat banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan seperti wall climbing, menyewa kayak untuk meneroka pantai dan mandi di laut yang jernih.

Pengalaman Perjalanan Selamat Dan Tenang Dengan Insurans Masuk Thailand GoThai

Selain memilih destinasi/tempat menarik, kita juga perlu mempertimbangkan keperluan insurans kereta. Insurans travel adalah penting bagi memastikan keselamatan dan keselesaan kita dalam menjelajah tempat-tempat menarik di Krabi. Dengan insurans masuk Thailand dari GoThai, anda boleh melawati destinasi menarik seperti Pantai Railay, Thung Teao Forest Natural Park, dan banyak lagi dengan keyakinan dan ketenangan fikiran. 

Jangan biarkan risiko menjadi halangan untuk meraih pengalaman terbaik dalam percutian ke Krabi. Dapatkan insurans travel daripada Gothai hari ini untuk perlindungan yang menyeluruh!