Jom Ke Hatyai Bersama Kereta Anda

Hatyai adalah sebuah daerah di selatan Negara Thailand. Daerah Hatyai adalah sebuah daerah yang berdekatan negara Negara Malaysia. Kini, sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia untuk datang bercuti ke Negara Gajah Putih ini. Anda rasa kenapa rakyat Malaysia gemar ke Negara Thailand? Sebenarnya Negara Thailand ini adalah sebuah negara yang sangat cantik, unik, bangunannya yang vintage dan makanan-makanannya juga sedap dan menarik.

Ramai yang bercuti ke Hatyai dengan menaiki kenderaan sendiri sahaja. Anda ingin mencuba bercuti ke Hatyai dengan menaiki kenderaan anda sendiri? Tetapi tidak tahu caranya? Jangan risau, di sini akan memberikan maklumat sedikit sebanyak tentang cara perjalanan anda ke Hatyai dengan menaiki kenderaan sendiri.

CARA MEMBAWA KENDERAAN MASUK KE NEGARA THAILAND

Bagi memasuki Hatyai dengan kenderaan sendiri ini sebenarnya mudah sahaja. Anda hanya perlu sediakan pass perjalanan ke luar negara anda iaitu passport dan insurans perjalanan sahaja. Anda keliru, jenis insurans yang bagaimana perlu diambil untuk ke Hatyai dengan menaiki kenderaan sendiri. Okay, jom baca di bawah apa yang perlu anda dapatkan dan sediakan insurans ketika bercuti di Negara Thailand.

Insurans untuk travel ini sedikit berbeza dengan yang selalu kita ambil untuk insurans kenderaan, insurans rumah, insurans untuk kesihatan dan sebagainya. Insurans untuk travel ini terbahagi kepada beberapa konsep dan kepentingannya. Jadi, untuk travel ke negara Thailand juga mempunyai jenis insurans yang berbeza.

JENIS-JENIS INSURANS YANG DIPERLUKAN

Anda jangan keliru, memang banyak jenis insurans yang diperlukan untuk bercuti ke Negara Thailand dengan menaiki kenderaan sendiri. Tetapi jangan risau, anda boleh dapatkan segala maklumat berkaitan dengan kami, di GoThai. Anda boleh menghubungi kami melalui aplikasi WhatsApp dan bertanya lebih lanjut tentang insurans yang diperlukan. Kami juga akan berkongsi maklumat insurans yang diperlukan ketika travel ke Thailand dengan menaiki kenderaan sendiri.

Kami menyediakan pelbagai jenis insurans travel ke Thailand. Tetapi jika anda ingin travel bersama kenderaan sendiri, anda disarankan mengambil empat jenis insurans ini. Antara insurans yang disarankan adalah:

1. COMPULSORY

Jenis insurans compulsory ini wajib di ambil oleh anda. Hal ini demikian kerana insurans ini wajib yang dikenakan ke atas setiap kenderaan keluar masuk ke Thailand di bawah akta “MOTOR VEHICLE ACCIDENT VICTIMS ACT 1992”. Jenis insurans compulsory ini hanya akan menanggung kos rawatan pihak yang terlibat di hospital Negara Thailand.

2. VOLUNTARY (3RD PARTY INSURANCE)

Jenis insurans voluntary (3rd party insurance) amat digalakkan untuk diambil. Hal ini kerana untuk melindungi anda dari tuntutan pihak ketiga jika terlibat kemalangan. Voluntary ini juga membantu menghindari anda dari membayar pampasan yang di luar jangka. Jadi, kita tidak tahu apa yang akan berlaku ketika kita travel di luar negara, jadi dengan adanya insurans voluntary ini, anda mungkin lebih selamat dengan adanya voluntary (3rd Party Insurance).

3. EXTENSION 101

Jenis insurans extension 101 ini adalah kesinambungan insurans kenderaan yang anda guna ketika di Negara Malaysia. Sebagai contohnya, di Malaysia anda menggunakan Etiqa Takaful, anda perlu berhubung terus dengan ejen insurans anda untuk mendapatkan tambahan perlindungan semasa di negara Thailand.

4. PERSONAL TRAVEL INSURANS

Jenis insurans ini amat-amat digalakkan untuk anda ambil ketika travel ke luar negara. Insurans personal travel ini adalah untuk melindungi anda daripada penyakit semula jadi dan tambahan kepada compulsory jika tidak mencukupi. Sebagai contohnya, AIA,AXA,Tokyo Marin dan lain-lain.

Jadi, anda mungkin dapat gambaran sedikit-sebanyak bagaimana persediaan yang diperlukan untuk bercuti dengan menaiki kenderaan ke Hatyai. Oleh itu, jom dapatkan travel insurans anda dengan kami! Ketahui antara manfaat yang boleh anda nikmati bila anda pilih untuk berurusan dengan kami.

MANFAAT ANDA BILA BERURUSAN DENGAN GOTHAI

Dengan GoThai, anda akan ditawarkan dengan servis insurans travel yang cekap dan efisien untuk perjalanan anda. Anda akan dapat merasa tenang mengetahui bahwa proses insurans anda akan ditangani dengan baik oleh team kami yang berpengalaman dan berkemahiran profesional.

Anda akan menikmati lebih banyak kelebihan apabila memohon insurans travel bersama kami. Antaranya seperti berikut:

  • Menjimatkan masa dan tidak perlu menunggu lebih lama
  • 22 tahun pengalaman dalam industri insurans travel ke Thailand
  • Menawarkan bantuan kecemasan 24 jam
  • Ramai pengguna dan sudah melebihi 3 juta orang yang mengambil insurans bersama GoThai

Jadi, tunggu apa lagi, jom ke Hatyai bersama kereta anda dengan dapatkan servis insurans bersama kami! Ada peluang yang lebih menarik menanti anda apabila anda mendaftar dengan kami.

Kami menawarkan lebih daripada sekadar insurans travel ke Thailand. Anda juga berpeluang memenangi hadiah menarik melalui cabutan bertuah kami!

DAPATKAN SERVIS INSURANS TRAVEL ANDA BERSAMA KAMI DAN MENANG HADIAH-HADIAH YANG MENARIK.