Bagi anda yang ingin bercuti ke Negara Thailand dengan menaiki kenderaan sendiri mudah sahaja. Anda hanya perlu menyediakan beberapa yang penting sahaja. Antara perkara penting yang diperlukan ialah passport, insurans travel, insurans kenderaan, mata wang yang sudah di tukar mengikut mata wang yang digunapakai sesebuah negara tersebut dan untuk bercuti ke Negara Thailand kita memerlukan white card untuk melepasi pemeriksaan Imigresen. White Card ini seperti permit kita untuk masuk ke Negara Thailand.
Insurans yang anda perlukan ketika bercuti ke Negara Thailand adalah insurans diri sendiri, insurans kenderaan, insurans 3rd party dan lain-lain. Memang benar, untuk bercuti ke luar negara dengan membawa kenderaan sendiri agak rumit tetapi jika anda mengikut proses yang betul ia akan jadi mudah dan tiada masalah. Jadi, jom kita kenali satu persatu insurans yang diperlukan oleh anda ketika travel ke luar negara (Thailand).
PERSEDIAAN UNTUK BAWA KERETA MASUK KE NEGARA THAILAND: JENIS INSURANS YANG DIPERLUKAN
Jangan keliru jika anda rasa banyak insurans yang diperlukan ketika bercuti ke luar negara dengan menaiki kenderaan anda sendiri. Sebenarnya sangat mudah sahaja, anda boleh dapat maklumat insurans anda dengan kami. Di GoThai, kami akan terangkan kepada anda satu persatu insurans yang perlu diambil oleh anda. Antara insurans yang diperlukan oleh anda untuk bercuti ke luar negara dengan menaiki kenderaan sendiri ialah:
- Compulsory
- Voluntary (3rd party insurance)
- Extension 101
- Personal Travel Insurance
Empat jenis insurans ini amat digalakkan untuk anda ketika travel ke Negara Thailand. Ini bagi melindungi anda daripada bahaya dan musibah yang tidak dapat dijangka. Antara keempat-empat jenis insurans ini memiliki kepentingan dan peranannya masing-masing.
- Compulsory
Compulsory adalah insurans wajib yang dikenakan ke atas setiap kenderaan keluar masuk ke Negara Thailand di bawah akta “MOTOR VEHICLE ACCIDENT VICTIMS ACT 1992”. Antara pakej insurans yang ditawarkan kepada anda ialah untuk kereta muatan 5 orang berharga RM 38 ringgit, MPV/SUV untuk muatan 7 orang ialah berharga RM 48, truck/pickup pula berharga RM 48 dan manakala motorsikal berharga RM 59.
- Voluntary 101 (3 rd party insurance)
Jenis insurans voluntary (3rd party insurance) ini amat digalakkan untuk anda. Hal ini demikian kerana, jika anda terkena masalah di luar negara atau ditimpa musibah, insurans voluntary 101 (3rd party insurance) ini akan melindungi diri anda. Sebagai contohnya, jika anda terlibat di dalam kemalangan, insurans voluntary ini akan melindungi anda daripada tuntutan pihak ketiga dan juga membantu menghindari anda dari membayar pampasan yang di luar jangka.
- Extension 101
Insurans 101 ini adalah kesinambungan insurans kenderaan yang digunapakai ketika di Malaysia. Sebagai contohnya, jika di Malaysia anda menggunakan Etiqa Takaful, anda hanya perlu menghubungi ejen insurans anda untuk dapatkan insurans tambahan perlindungan semasa di Negara Thailand.
- Personal Travel Insurance
Personal travel insurans ini amat-amat diwajibkan ya untuk anda travel ke luar negara, tidak kisah ke mana sahaja anda amat digalakkan mengambil personal travel insurans ini. Insurans peribadi khusus untuk perlindungan penyakit semula jadi dan tambahan kepada compulsory jika tidak mencukupi. Sebagai contohnya, AIA, AXA dan Tokyo Marin serta lain-lain lagi.
PERSEDIAAN YANG MUDAH, PANTAS DAN EFISIEN
Kami boleh membantu anda mendapatkan maklumat insurans kenderaan ke Thailand dengan lebih mudah. Sebagai syarikat yang berpengalaman lebih 22 tahun dalam industri ini, kami dijamin cekap dan efisien dalam menguruskan insurans anda. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, jangan segan untuk menghubungi kami melalui aplikasi Whatsapp.
Kami sudah memenangi hati rakyat Malaysia dengan pengalaman kami dalam menguruskan insurans travel. Sudah lebih 3 juta pelanggan menggunakan perkhidmatan kami untuk mendapatkan perlindungan insurans kenderaan ke Thailand. Kecekapan kami dalam pemprosesan permohonan insurans memberikan keyakinan kepada pelanggan kami.
DAFTAR PAKEJ INSURANS KERETA KE THAILAND TERBAIK
Kami juga menawarkan khidmat bantuan kecemasan 24 jam sekiranya anda mengalami situasi kecemasan seperti kemalangan semasa di Thailand. Kami pasti akan datang membantu anda dengan segera. Khidmat ini sangat berpatutan, terutamanya jika anda sedang melancong dalam kumpulan wanita. Anda boleh berasa yakin kerana kami sentiasa bersedia membantu anda dengan team network kami yang berpengalaman dan berpengetahuan.
Kami mempunyai pelbagai hadiah menarik untuk pelanggan yang membeli insurans travel dengan kami. Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah dengan mendapatkan insurans kenderaan ke Thailand bersama kami di GoThai. Segera daftar pakej insurans kereta anda dengan kami dan menangi hadiah!
TRAVEL SAMBIL MENANG, DAPATKAN SERVIS INSURANS TRAVEL ANDA DI SINI!