7 Tempat Menarik di Thailand Satun

Selain daripada tempat-tempat menarik yang terkenal di Thailand seperti Phuket dan Krabi, terdapat sebuah destinasi yang jarang disebut namanya, iaitu Satun. Namun, jangan pula salah anggap! Terletak di bahagian selatan Thailand, terdapat banyak tempat menarik di Satun yang menanti untuk anda terokai.  

Walaupun tidak begitu popular seperti destinasi lain di Thailand, pilihan tempat menarik di Satun ini tetap boleh memberikan pengalaman travel yang terbaik. Di sini, anda akan dapat ketahui kebanyakan tempat menarik di Satun dapat menawarkan anda pengalaman travel yang menarik dan unik di Thailand. 

Jom Terokai Keindahan Tempat-Tempat Menarik yang Tersembunyi di Satun, Thailand!

Satun, Thailand sebuah destinasi yang tidak begitu dikenali tetapi pasti akan membuatkan anda terpesona dengan keindahan alam semulajadi yang menakjubkan. Tertanya-tanya apa yang menarik sangat di Satun? Baca lebih lanjut di bawah untuk ketahui antara tujuh tempat menarik di Satun yang harus anda kunjungi!

1. Taman Bunga Matahari (Khao Thanan Thung Wa)

Terletak di wilayah Phatthalung, taman bunga ini terkenal dengan pemandangan ladang bunga matahari yang luas dan menakjubkan.Saat musim bunga tiba, taman ini akan dipenuhi dengan bunga matahari yang berkembang mekar, mencipta suasana yang menenangkan dan memukau hati. Anda boleh berjalan-jalan di sekitar taman untuk menikmati pemandangan yang menakjubkan ini, dan mengambil gambar untuk dijadikan kenangan.

Di sini juga ada sebuah cafe yang sangat menarik untuk bergambar. Nak ambil Instapic, jomlah ke sini! Untuk sunflower lovers atau nature lovers, pastikan anda kunjungi taman ini pada bulan Januari hingga Mac untuk melihat sendiri kecantikan bunga matahari ini!

2. Koh Li Pe

Dengan pasir putih yang lembut, air laut yang jernih seperti kristal, dan pemandangan matahari terbenam yang indah, Koh Li Pe adalah pulau kecil yang sangat menawan di Thailand Selatan. Selalunya digambarkan sebagai “Maldives of Thailand”, pulau yang indah ini mempunyai 3 pantai iaitu, pantai Sunrise, pantai matahari terbenam dan yang paling popular, pantai Pattaya. 

Pulau kecil ini yang seakan-akan menjadi syurga tersembunyi ini mempunyai pelbagai aktiviti menarik untuk dicuba seperti memancing, menyelam, snorkeling, dan memandu skuter di sekitar pulau. Selain itu, pengunjung juga boleh merasa keselesaan dan ketenangan dengan memanjat bukit kecil di tepi pantai atau menjelajah hutan-hutan tropika yang hijau.

3. Pantai Rawai

Di sini, anda tidak akan menemui deretan hotel mewah atau pusat membeli-belah yang ramai seperti di pantai-pantai lain, tetapi lebih kepada suasana yang santai dan damai. Pantai Rawai juga terkenal dengan kehidupan nelayan yang aktif, jadi anda akan lihat banyak bot nelayan di pantai ini. Anda boleh juga membeli ikan segar dari pasaran ikan yang terletak bersebelahan dengan pantai.

Selain itu, pantai Rawai juga terkenal dengan restoran-restoran yang menyajikan hidangan laut segar dan lazat. Anda boleh mencuba masakan laut yang popular seperti tom yam, kerang bakar, dan banyak lagi.. Pantai Rawai/Rayway adalah sebahagian daripada Taman Negara Kepulauan Phetra dan pantai ini boleh diakses dengan motosikal dan kereta.

4. Masjid Al-Hashimi

Merupakan masjid mesti singgah jika ke Satun! Reka bentuknya mirip Masjid Al Aqsa di Baitulmuqadis. Masjid Kubah kuning replika Masjid Kuning di Baitulmuqadis ini adalah salah satu tempat menarik di Satun, terutamanya bagi yang masuk Thailand melalui border Wang Kelian. Terletak lebih kurang 24km dari border Wang Kelian, seni binanya sangat unik kerana reka bentuk dan ukuran yang sama termasuk saiz, lantai, dinding dan hiasan dalaman.

Masjid ini mampu memuatkan hampir 500 orang jemaah di bahagian dalam, dan 2,000 orang jemaah di bahagian luar. Jadi, bagi yang ingin merasai pengalaman beribadah yang indah di Satun, pastikan Masjid Al-Hashimi menjadi salah satu destinasi anda.

5. Masjid Mambang/Pusat (Satun Central Mosque)

Terletak di pusat bandar Satun, masjid ini memiliki reka bentuk yang menggabungkan unsur-unsur seni Islam tradisional dan seni bina moden. Dengan kubah dan menara yang menjulang tinggi, ia menjadi mercu tanda utama di bandar Satun. Tempat yang sesuai untuk menunaikan solat selepas drive yang panjang dari Malaysia. Selain itu, dengan taman-taman hijau yang indah di sekitarnya, menjadikan masjid ini sebagai lokasi yang ideal untuk meluangkan masa bersama keluarga atau mengambil gambar-gambar yang cantik.

Jadi, jika anda sedang merancang trip ke Satun, jangan lepaskan peluang untuk melawat Masjid Mambang yang menakjubkan ini. Ia pasti akan memberikan anda pengalaman yang indah dan anda akan berpeluang untuk terokai lebih banyak lagi tempat menarik di Satun.

6. Pantai Pak Bara

Tempat ini paling best untuk lihat permandangan matahari terbenam yang menakjubkan! Hamparan pasir putih dan air laut yang jernih menjadikan pantai ini tempat yang ideal untuk aktiviti sunbathing, berenang, dan snorkeling. Selain itu, Pantai Pak Bara juga dikelilingi oleh kehijauan dan tebing yang menambahkan suasana yang menenangkan jiwa dan sesuai untuk rileks bersama keluarga. 

Ketika berada di sini, jangan lupa untuk merasai keenakan makanan laut yang segar dan lazat yang pastinya akan memuaskan selera anda. Anda boleh mencuba pelbagai hidangan laut di kedai-kedai makan yang terletak di kawasan pantai.

7. Pekan Thung Wa (The Town Of Little Penang)

Tahu tak di Satun terdapat sebuah pekan yang dikenali sebagai The Town of Little Penang? Pekan Thung Wa atau “The Town of Little Penang” adalah sebuah bandar kecil yang terletak di daerah Satun, Thailand. Pekan ini adalah sebuah destinasi yang unik dan menjadi semakin popular dalam kalangan pelancong yang ingin merasai budaya Melayu yang berbeza di Thailand. 

Anda akan terpesona dengan rumah-rumah tradisional, pasar raya, kedai-kedai dan restoran-restoran yang menawarkan makanan Melayu yang lazat dan tradisional. Jangan lupa untuk mengambil gambar di depan mural-mural warna-warni yang menarik dan jangan lepaskan peluang untuk merasai kelazatan hidangan tradisional seperti laksa, rojak, dan banyak lagi!

Travel Penuh Yakin Ke Satun – Dapatkan Perlindungan Insurans Ke Thailand Dari GoThai!

Satun, Thailand memang tempat yang indah dan mempesonakan, tetapi perlindungan insurans kenderaan adalah sesuatu yang tidak boleh diabaikan ketika travel ke luar negara. Dengan mendapatkan perlindungan insurans ke Thailand dari GoThai, anda pasti akan merasa lebih tenang dan terjamin ketika menikmati segala keindahan yang ditawarkan di tempat-tempat menarik di Satun ini. Daftar sekarang, jangan lepaskan peluang untuk memiliki insurans ke Thailand dengan kami!