Kaedah Dapatkan Insurans Kereta Untuk Ke Negara Thailand

Negara Thailand dikenali dengan nama panggilan yang menarik iaitu Negara Gajah Putih. Setiap minggu, pintu sempadan negara tersebut menjadi tempat ‘line’ panjang untuk memasuki negara ini. Thailand memiliki banyak keistimewaan yang menjadikan negara itu begitu popular di kalangan pelancong, termasuk keindahan alam semulajadi, warisan budaya, makanan yang enak, dan banyak lagi. Itulah sebabnya mengapa begitu banyak orang jatuh hati dengan Thailand.

Antara kelebihan yang dimiliki oleh Negara Thailand ini ialah bangunan-bangunannya yang sangat unik dan tak jemu dipandang oleh mata. Pulau-pulau di Negara Thailand juga sangat menarik pelbagai hati untuk datang ke sini. Mana tidaknya menarik hati, pulaunya sangat bersih dan air lautnya sangat biru. Sungguh menawan hati. Selain itu, kelebihan Negara Thailand itu juga memiliki pelbagai makanan yang enak dan pelbagai variasi. Ini telah menyebabkan ramai orang menggelar Negara Thailand adalah negara syurga makanan.

Seterusnya, ramai yang tahu di Negara Thailand banyak jenis pasar terapung ini. Memang unik! Jadi, anda ingin masuk ke Negara Thailand dengan kenderaan sendiri? Boleh, tapi sebelum berjalan, jom dapatkan servis insurans kenderaan anda terlebih dahulu memastikan keselamatan anda terjamin.

JOM DAPATKAN SERVIS INSURANS ANDA DI SYARIKAT GOTHAI

Oleh itu, kami ingin berkongsi mengapa kami di GoThai adalah pilihan terbaik untuk anda berbanding syarikat insurans lain. Kami menyediakan perkhidmatan yang memudahkan urusan pelanggan kami dan pengurusan serta gerak kerja di syarikat kami yang sangat efisien. Ini bermaksud pengurusan dokumen insurans anda akan dilakukan dengan lebih teliti dan diproses dengan baik untuk memastikan kepuasan pelanggan.

Kami di Go Thai sangat berpengalaman dalam menguruskan perkhidmatan insurans travel. Sudah lebih dari 22 tahun kami berkecimpung dalam industri insurans, dan dalam tempoh tersebut kami telah memperoleh banyak kenalan di Thailand. Jadi, jika terjadi apa-apa hal yang memerlukan bantuan di sana, kami dapat meminta bantuan dari kenalan kami di Thailand. Hal ini membuat pelanggan kami merasa selamat dan tenang semasa melakukan perjalanan di Thailand.

JENIS INSURANS KERETA YANG DIPERLUKAN UNTUK KE NEGARA THAILAND DENGAN KENDERAAN SENDIRI

Sebelum ini, pasti anda terfikir jika ingin ke Negara Thailand menggunakan kenderaan sendiri, insurans apa yang diperlukan. Sebenarnya anda memerlukan empat jenis insurans untuk travel ke Negara Thailand dengan menggunakan kenderaan. Jangan terkejut, empat jenis insurans ini mempunyai peranan yang berbeza dan kepentingan yang tertentu. Antara empat jenis insurans tersebut ialah:

  • Compulsory
  • Voluntary (3rd party insurance)
  • Extension 101
  • Personal travel insurans

Keempat-empat jenis insurans ini sangat penting untuk anda ambil jika ingin travel ke Negara Thailand dengan kenderaan sendiri. Ini boleh melindungi anda dari masalah jika berlaku sesuatu perkara yang buruk dan perkara yang tidak diingini jika berada di dalam Negara Thailand.

KENAPA PERLUKAN 4 JENIS INSURANS?

Jangan risau, sebenarnya terdapat 4 jenis insurans yang perlu diambil untuk memastikan keselamatan dan kebajikan kita terjamin semasa travel. Walaupun anda baru dalam dunia travel, jangan bimbang kerana ini bukanlah taktik pemasaran insurans semata-mata, tetapi ianya adalah untuk manfaat dan kebaikan anda. Mari kita kupas satu per satu kepentingan 4 jenis insurans tersebut.

Jenis insurans pertama adalah Compulsory. Compulsory ini adalah insurans yang diwajibkan ke atas setiap kenderaan keluar masuk negara Thailand di bawah akta “MOTOR VEHICLE ACCIDENT VICTIMS ACT 1992”. Jenis insurans ini hanya menanggung kos rawatan pihak yang terlibat di hospital Thailand. Jadi, jika anda berlaku kecelakaan, anda boleh mendapatkan rawatan di hospital Thailand. Manakala untuk Voluntary (3rd party insurance) pula melindungi anda dari tuntutan dari pihak ketiga jika terlibat dengan kemalangan. Ini juga membantu menghindari anda dari membayar pampasan yang di luar jangka.

PELBAGAI PAKEJ MENARIK INSURANS KERETA GOTHAI

Seterusnya, bagi insurans Extension 101 ini adalah kesinambungan insurans kenderaan yang digunapakai di Malaysia. Sebagai contohnya, di Malaysia anda menggunakan Etiqa Takaful, anda perlu berhubung terus dengan ejen insurans anda untuk mendapatkan tambahan perlindungan semasa di Thailand. Perkara yang paling penting sekali, Personal Travel Insurance. Insurans peribadi ini khusus untuk perlindungan penyakit semula jadi dan tambahan kepada compulsory jika tidak mencukupi. Jadi, anda perlukan personal travel insurans ini bagi melindungi anda daripada ancaman bahaya ketika travel.

Sudah jelas kenapa perlukan empat jenis insurans ini untuk masuk ke Negara Thailand dengan kenderaan sendiri. Jom dapatkan insurans anda bersama kami di GoThai! Nak tahu perkara yang lebih menarik?

Yang terbaru ini, kami juga menyediakan cabutan bertuah untuk para pelanggan kami. Hadiah yang kami tawarkan juga sangat menarik dan termasuk barangan yang mahal seperti iPhone 13 Mini, Smart TV, Gold Bar dan banyak lagi. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan insurans travel anda bersama kami dan jom sertai peraduan untuk memenangi hadiah-hadiah menarik ini.

JOM BERCUTI SAMBIL MENANG BERSAMA GO THAI. DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT DI SINI.